Kota Lama Duyong
Kota Lama Duyong

Kota Lama Duyong

Kota Lama Duyong terletak di Pulau Duyong, Duyong Kecil iaitu 7km dari pusat bandar Kuala Terengganu, Terengganu. Kota Duyong ini mempunyai 9 buah bumbung yang menutupi beberapa buah bahagian yang bersambung dengan dapur, bilik mandi, sarung, beranda dan titian. Reka bentuknya pula menyerupai Istana Kecil Raja Melayu tapi berbeza kerana menggunakan unsur-unsur pengaruh senibina asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pada bahagian tiang dan dinding batunya. Selain itu, pelbagai jenis rumah tradisional Melayu Terengganu juga dapat dilihat pada bangunan ini iaitu Bujang Berepeleh, Lima Bungkus dan Potong Belanda serta di sekeliling beranda yang menggunakan hiasan ukiran sobek.[1]

Kota Lama Duyong

Pemilik Muzium Negeri Terengganu
Siap dibina 1920
Bahan pembinaan Madu, kapur tohor, putih telur, pasir, batu dan sebagainya
Gaya binaan Corinthian
Mula dibina 1919
Mula dibaikpulih 1996
Lokasi Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu
Dibina oleh Dato’ Biji Sura Nik Muhamad bin Hitam
Punca kerosakan Banjir 1986
Jenis Rumah
Luas 400 meter persegi
Siap dibaikpulih September 1999